Friday, October 2, 2009

DEFINISI PERUNDINGAN KAUNSELING

Ada berbagai definisi perundingan yang terdapat di dalam rujukan kajian. Caplan (1970), memberikan satu definisi yang bersepadu. Perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan berhairaki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza, seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan bermatlamat untuk 1) memperbaiki tugas yang dijalankan oleh konsulti; 2) memperkembangkan kemahiran konsulti sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa hadapan. Sehubungan ini, bantuan yang dihulurkan dapat membantu orang-orang profesional itu dalam menanangi aspek kesihatan psikologikal dalam tugas mereka semasa, dan membolehkan mereka mengatasi masalah yang serupa pada masa depan dengan lebih berkesan.
Lippitt (1978), pula menyatakan proses perundingan itu melibatkan antara seorang perunding dengan berbagai corak individu dan sistem, termasuk keluarga, sistem masyarakat dan sebagainya. Kedua-dua definisi ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Definisi Caplan (1970) memberi peneguhan kejituan kepada perundingan apabila hanya dua pihak professional sahaja yang terlibat dalam proses perundingan. Kelemahan definisi Caplan amat ketara kerana proses seperti ini tidak dapat diperluaskan kepada khidmat dengan kelompok bukan profesional dalam masyarakat.

Apabila definisi perundingan diperluaskan kepada kelompok seperti keluarga, sistem masyarakat, maka timbul kontroversi sama ada proses perundingan itu boleh digunakan di luar ruang rujuk masalah pekerjaan. Katz & Kahn (1978) melaporkan bahawa kebanyakan perunding berpendapat bahawa fokus yang penting adalah cara proses perundingan itu dilaksanakan. Perlaksanaan biasanya menggunakan teknologi yang spesifik bersamaan sistem komunikasi dan sumber maklomat yang baik. Tujuan proses adalah supaya sumber yang mendapat khidmat itu menukarkan keadaan semasanya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Contohnya, satu proses perundingan dengan seorang guru akan fokus kepada cara melayan pelajar yang kurang berminat dalam suatu matapelajaran. Fokus perundingan dalam keadaan ini mungkin akan menumpu kepada cara mendapatkan maklomat mengenai masalah pelajar tersebut, cara meyakinkan pelajar tersebut tentang pentingnya prestasi akademik dengan kerjaya dan sebagainya.

Brown, Pryzwansky dan Schulte (1987) pula menekankan ruang rujuk perundingan kepada khidmat kemanusiaan. Ruang rujuk ini selari dengan pendapat Lippitt (1978). Perundingan bermirip khidmat kemanusiaan ini mementingkan proses penyelesaiaan masalah itu secara sukarela. Khidmat perundingan boleh ditamatkan sama ada oleh perunding atau konsultinya. Di samping itu, asas proses perundingan bertujuan untuk membantu konsulti memperkembangkan kemahiran dan sikapnya supaya boleh berfungsi dengan lebih berkesan terhadap pihak yang ia bertanggungjawab. Tersemat dalam maksud ini memberi erti bahawa perundingan diperluaskan kawasan pengunaannya kepada kelompok, organisasi, selain daripada individu.
Antara aspek terpenting dalam proses perundingan ialah hubungan antara perunding dengan konsultinya. Hubungan ini adalah sama rata. Ciri-ciri hubungan yang terbuka, ikhlas, penuh kerelaan hati, empati dan ketulenan diri, kesemuanya menjamin hasil yang baik. Ciri-ciri seperti ini sangat terdekat dengan manifestasi proses kaunseling. Namun, dalam kaunseling prosesnya akan bermatlamat ke arah membantu klien mengatasi masalah psikologikal. Dalam proses perundingan, perunding boleh mengenalpasti masalah psikologikal klien melalui konsulti dan memberi saranan cara yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya. Sehubungan ini, proses perundingan tidak berhasrat untuk menuju ke arah matlamat kaunseling secara langsung.
Berpegang kepada definisi yang dihuraikan, ada dua aspek yang ketara. Apabila perundingan itu di analisis sebagai satu kemahiran atau kecekapan yang terampil, maksud definisinya adalah terhad kepada ahli profesional. Apabila perundingan dianalisis sebagai satu proses maka terapinya adalah lebih condong kepada hasrat bagi memperbaiki hubungan sesama insan dan lebih komprehensif.

Dalam erti kata lainnya, perundingan dapat didefinisikan sebagai upaya peningkatan keterampilan melalui proses komunikasi terbuka yang dapat membantu penyelesaian masalah, di samping memastikan proses hubungan sesama insan yang berlangsung secara sukarela dilaksana di dalam sistem yang komprehensif.

PERHUBUNGAN ANTARA PERUNDING, PERUNDI DANSISTEM KLIEN

Proses perundingan melibatkan tiga peserta; perunding yang memberi khidmat bantuan itu menyampaikan khidmat kepada klien melalui orang tengah atau perantara. Perunding merupakan seorang yang mempunyai kepakaran. Kepakaran tersebut biasanya dikongsi dengan seorang orang tengah dan secara tidak langsung membantu pihak yang ketiga untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengubah tingkahlaku dan sebagainya.

CIRI-CIRI PERUNDINGAN

1. Matlamat perundingan ialah untuk membantu mempertingkatkan kedua-dua pihak iaitu perundi dan system klien. Perunding mungkin boleh membantu meningatkan keyakinan, kemahiran dan pengetuahuan perundi supaya dapat mengandalikan klien dengan lebih berkesan. Dalam situasi yang lain pula, program intervensi itu boleh dilaksanakan terus kepada system klien.

2. Pada suatu ketika dalam proses perundingan, perundi atau klien diberi keutamaan bergantung kepada situasi.

3. Perundingan boleh diberikan oleh perunding luaran yang berasingan daripada organisasi atau sebagai perunding dalaman iaitu sebahagian daripada ahli organisasi.

4. Penyertaan dalam perundingan adalah secara sukarela.

5. Perundi bebas untuk melaksanakan atau tidak syor / cadangan perunding.

6. Perhubungan perundi-perundi adalah sama taraf dari segi kuasa tetapi berlainan dari segi keterlusan.

7. Perhubungan perundi-perundi adalah sementara untuk sesuatu sesi, program atau projek. Perunding bukan bertujuan untuk menggantikan perundi.

8. Di dalam kebanyaan situasi, perundingan dijalankan secara bekerjasama dan komplimetari kepada perundi.


PERBINCANGAN

Hanya sebilangan kecil kajian penyelidikan telah dijalankan atau diterbitkan tentang kesan perundingan, terutamanya kerana ia telah diterapkan dalam sistem pendidikan . Memandangkan bahawa penilaian dijalankan dengan baik dalam proses perundingan , maka kekurangan kajian tentang kesan ini membuatkan sukar ditentukan bertapa bergunanya kajian sebegini. Sepertimana yang sedia diketahui bagi kaunseling semasa perkembangannya yang awal , perubahan sebagai suatu fungsi perundingan nampaknya diterima berdasarkan harapan dan keyakinan.

Akhir sekali , secara umumnya perundingan merupakan satu proses interaksi antara dua orang professional . antara elemen cirri yang dapat dipersetujui dalam perundingan adalah seperti berikut :
i. perunding sebagai seorang spesialis
ii. konsulti yang memerlukan pertolongan
iii. konsulti bersetuju bahawa perunding adalah personal yang mempunyai ketrampilan bidang berkaitan pertolongan yang diperlukan.

Ciri ini melibatkan seorang klien atau melebihi seorang klien. Interaksi perundingan juga melibatkan perancangan program atau pengurusan pentadbiran . Rajah 4 memaparkan interaksi perhubungan perundingan antara kaunselor sebagai perunding dengan ibubapa, guru, pengetua sebagai konsulti , dan pelajar sebagai klien. Manakala klien mendapat pertolongan daripada konsulti.


PERBEZAAN ANTARA PERUNDINGAN DENGAN KAUNSELING


PERUNDINGAN
Perundingan melibatkan perhubungan antara tiga pihak iaitu perunding, perundi dan sistem klien.

KAUNSELING/PSIKOTERAPI
Kaunseling dan Psikoterapi melibatkan dua pihak iaitu kaunselor dan klien.

Perundingan mengendalikan isu/masalah berkaitan dengan tugas/peranan seseorang. Ini tidak bermakna bahawa masalah dan kesan emosional tidak terlibat dalam perundingan.
Kaunseling dan psikoterapi mengendalikan masalah yang lebih personal seperti masalah pembelajaaran, kekeluargaan, kebimbangan menghadapi pelajaran.
Perunding dapat lebih banyak mengawal perhubungan dengan perundi.
Kaunselor kurang dapat mengawal pehubungan dengan klien.
Matlamat dinyatakan dengan lebih jelas diperingkat awal perundingan.
Matlamat hanya menjadi lebih jelas apabila klien dapat memahami masalah dan meningkatkan celik akal.
Proses perundingan lebih objektif dan berarah.
Proses perundingan kurang objektif dan dilaksanakan secara kurang berarah.


REFLEKSI PERUNDINGAN

1. Dalam konsep yang telah dibincangkan , perunding adalah merujuk kepada kaunselor itu sendiri. Jika ditinjau matlamat awal tujuan perundingan adalah untuk membantu guru – guru, ibubapa atau kelompok yang signifikan.
2. Harapan daripada pihak pentadbiran terhadap peranan kaunselor supaya menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkesan , namun begitu secara rasionalnya ia adalah sukar untuk dicapai kerana beberapa faktor yang perlu diambil kira antaranya ;
i. kaunselor tidak terlatih secukupnya untuk berkhidmat sebagai
perunding.
ii. keadaan yang memerlukan perundingan mengkehendaki konsultan
luar dan bukanya konsultan dalam.
iii. perubahan sistem mengambarkan perubahan di kalangan orang
ramai dan dengan itu perkhidmatan secara langsung dan bukannya
perkhidmatan tidak langsung adalah lebih berkesan.
3. Hasil daripada tugasan ini barulah kami sedar bahawa konsultan tidak berhasrat untuk menuju kearah kaunseling secara langsung ia lebih menjurus kepada mengenalpasti masalah psikologikal klien melalui perundi dan memberi saranan kepada cara untuk mengatasinya.
4. Oleh itu kami rasakan bahawa perundingan ini lebih kepada orang dewasa yang lebih mengetahui cara untuk mengatasi sesuatu masalah dan di sekolah lebih kepada guru dan ibubapa.
5. Sekiranya kaunselor ingin berkhidmat sebagai konsultasi perlulah memiliki kepakaran serta pengetahuan yang secukupnya di samping mempunyai modul yang sesuai.
6. Tangapan bahawa menjemput pegawai daripada syarikat konsultan untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar di sekolah adalah proses perundingan adalah tidak betul dan lebih kepada proses ceramah sahaja.
7. Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya BUKAN sebahagian daripada proses perundingan.
8, Antara cadangan aktiviti perundingan yang boleh dijalankan
adalah seperti berikut:
Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah.
Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali untuk mengawasi kemajuan pelajar.


RUMUSAN

Barisan pentadbir menyedari bahawa kaunselor sekolah melibatkan diri dalam perkhimatan bimibingan dan menyediakan perkhimatan seumpama itu bagi guru dan ibu bapa. Tujuan utama perundingan adalah untuk membantu dua kumpulan ini menjadi lebih berkesan dalam urusan mereka dengan kanak – kanak dan remaja. Biasanya, pendekatan perundingan adalah dengan menumpukan perhatian terhadap tingkahlaku guru atau ibubapa dalam interaksi mereka dengan pelajar. Kebanyakkan kaunsleor melibatkan diri dalam urusan perundingan atas permintaan guru, ibu bapa atau pentadbir sekolah. Alasan yang biasanya diberikan ialah pelajar tidak membuat kerja sekolah, tidak mempunyai akhlak yang baik serta hubungan yang kurang baik dengan rakan sebaya.
Barisan pentadbir atau golongan professional mengangap perundingan sebagai perubahan sistem atau mengangap perunding sebagai agen perubahan di sekolah, mengambarkan perspektif mengenai perundingan yang sukar diterima dengan mudah atau dilaksanakan oleh kaunselor sekolah.

Tuesday, September 29, 2009

BAGAIMANA KONFLIK TERJADI??

A. KETIDAKSEFAHAMAN
Menurut De Bono (1985), individu tidak sefahaman disebabkan oleh banyak perkara:
-Pandangan/ kefahaman/ pendapat
-Gaya/ pegangan/ nilai/ kepercayaan/ slogan
-Idealogi
-Status
-Cara/ gaya pemikiran


B. KETAKUTAN/ KUASA/ KEADILAN/ HARTA



PUNCA KONFLIK 1


Pelbagai faktor boleh mencetuskan konflik:
-Perubahan dalam organisasi
-Pertentangan personaliti
-Perbezaan nilai
-Status tergugat
-Perbezaan persepsi



PUNCA KONFLIK 2


Antara punca-punca konflik dalam kumpulan:
1.
There is a perceived breach of faith and trust between individuals
2.
There is unresolved disagreement that has escalated to an emotional level
3.
There is miscommunication leading to unclear expectations
4.
There are personality clashes
5.
There are differences in acquired values
6.
There is underlying stress and tension
7.
There are ego problems


PUNCA KONFLIK 3


Menurut Mohd Foad Sakdan (2005):
-Biologi
-Psikologi
-Demografi
-Geografi
-Sosio-ekonomi
-Budaya
Remaja & Konflik
CABARAN REMAJA
Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja:

-Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
-Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
-Merasa diri dilayan secara tidak adil
-Kesunyian
-Sukar memahami emosi
-Susah membuat keputusan
-Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

-Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka
-Membincangkan masalah anda dengan mereka
-Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang
-Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
-Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda
-Meraikan harijadi mereka

Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI
Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

-Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
-Berfikir sebelum bertindak
-Tanya diri sendiri
Kenapa saya marah ?
-Apalah punca masalah ?
-Apakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

Kenalpasti punca konflik
Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
Janganlah menyalahkan orang lain
Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak
Remaja yang Positif
Bertimbang rasa
Yakin terhadap diri sendiri
Sedia menerima nasihat dan teguran
Sabar
Bertanggungjawab
Rajin dan suka menolong
Mahir berkomunikasi

APA ITU KONFLIK??

Konflik boleh ditakrifkan sebagai ketidak setujuan (disagreement) diantara dua pihak atau kumpulan mengenai sesuatu perkara yang mempunyai kepentigan bersama di kedua-dua belah pihak (issue of mutual interest).

Sunday, September 13, 2009

Teori dan Pengurusan Konflik 09/10

Check out this SlideShare Presentation:

tunjuk perasaan adalah salah satu daripada kesan konflik yang tercetus